Inisiatif JUARA Ekonomi Bumiputera

2 Januari 2025 – Jumaat, 9.15 malam: Walaupun masih dalam suasana percutian awal tahun 2026, PERDASAMA terus mengorak langkah strategik dalam memperkukuh agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.

Satu sesi perbincangan santai telah diadakan, dipengerusikan oleh Puan Aznita Abd Ghani dengan sokongan Tunku Faris Tunku Khalil memfokuskan kepada sesi percambahan minda berkaitan salah satu inisiatif utama Kerajaan Madani, iaitu agenda memperkasa ekonomi Bumiputera melalui Projek JUARA Bumiputera. Inisiatif berimpak tinggi ini diterajui oleh Khazanah Nasional, KWSP, PNB, LTAT dan Tabung Haji, dengan sasaran melahirkan 10 syarikat juara Bumiputera yang berdaya saing dan berwibawa.

PERDASAMA merakamkan tahniah kepada Kerajaan atas pelaksanaan Inisiatif JUARA Ekonomi Bumiputera yang bersifat transformatif dan berfokus jangka panjang. Sehubungan itu, PERDASAMA komited untuk mengikuti rapat pelaksanaan program ini, dengan aspirasi agar dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, sekurang-kurangnya seorang ahli PERDASAMA berjaya terpilih sebagai syarikat JUARA Bumiputera.

Walaupun perjalanan ini menuntut usaha berterusan dan cabaran yang besar, setiap kejayaan bermula dari langkah pertama. Dengan keazaman kolektif dan sokongan ekosistem yang kukuh, tidak mustahil salah sebuah syarikat dalam kalangan ahli PERDASAMA akan muncul sebagai JUARA Bumiputera pada masa hadapan.

Perbincangan santai malam ini turut merangka Pelan Hala Tuju (Roadmap) JUARA Bumiputera di peringkat PERDASAMA, sebagai persediaan strategik untuk mengangkat, memperkasa dan memposisikan ahli-ahli agar bersedia menyertai serta berjaya dalam inisiatif nasional berimpak tinggi ini.

Presiden