PENDAFTARAN KEAHLIAN PERDASAMA

MENGAPA ANDA PERLU MENJADI AHLI PERDASAMA

OBJEKTIF yang jelas dan fokus terhadap matlamat persatuan

ARAH TUJU persatuan yang memberi makna serta impak yang positif

PERLEMBAGAAN persatuan yang mengutamakan setiap ahli di seluruh Malaysia

RANGKAIAN dan jaringan perniagaan yang luas dan efektif

SOKONGAN yang menyeluruh dan padu terhadap keperluan ahli

HUBUNGAN dengan cawangan-cawangan di seluruh Malaysia

PENGLIBATAN agensi-agensi kerajaan yang membantu pedagang dan pengusaha Melayu

KERJASAMA erat dengan institusi kewangan yang memberi kemudahan kepada pedagang dan pengusaha Melayu

AHLI bergerak aktif dan menyokong setiap kegiatan persatuan

PEMBAHARUAN di persatuan mengikut peredaran masa untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ahli

INTERAKTIF berkesan dengan pegawai utama kerajaan

MENGIKTIRAF dan mempertingkat peranan wanita dalam perniagaan

AHLI jawatankuasa yang komited dalam menyumbang bakti kepada persatuan


JENIS-JENIS KEAHLIAN

Hendaklah Bumiputera dan menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal atau tuan punya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran 1956 di Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan. Jika ianya merupakan perniagaan bersama, semua rakan kongsi yang lain di dalam firma tersebut mestilah juga terdiri daripada kaum Bumiputera

Ahli Bergabung terdiri daripada mana-mana persatuan, badan atau pertubuhan yang ahlinya 100% Bumiputera sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan yang suka bekerjasama dengan persatuan sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan

Ahli Kehormat adalah mana-mana orang perseorangan yang difikirkan dan dianggap munasabah dan layak menjadi Ahli Kehormat boleh dilantik dari mana-mana pertubuhan, badan kerajaan, swasta serta tidak semestinya ahli perniagaan

Ahli Bersekutu adalah mana-mana syarikat yang mempunyai pegangan saham sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.ย 

Ahli Bersekutu tidak berhak mengundi dan tidak boleh bertanding dalam Mesyuarat Agung

Ahli Seumur Hidup terdiri daripada ahli-ahli yang membayar yuran sekaligus seperti yang ditetapkan Jawatankuasa Pusat.

Ahli Seumur Hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti Ahli Biasa pada Fasal 6.2 iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bercakap dan mengundi di dalam Mesyuarat Khas atau mesyuarat-mesyuarat di peringkat cawangan dan boleh dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat dan Ahli Jawatankuasa Cawangan


SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

Ahli mestilah kaum Bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutian dan tidak muflis

Ahli mestilah Pedagang dan Pengusaha yang mempunyai lesen yang sah

Ahli individu dan ahli kehormat hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas

Ahli hendaklah warganegara Malaysia atau syarikat yang berdaftar di Malaysia

ย 

Sila lengkapkan borang ini untuk tujuan pendaftaran keahlian sebagai ahli perdasama mengikut negeri.


PERDASAMA NASIONAL (HQ)
No. 25, Jalan Badminton 13/29
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Alamat Surat โ€“ Menyurat PERDASAMA Nasional kepada:
TUAN HAJI AHMAD FAKHRUDDIN BIN HAJI MUDA
SETIAUSAHA AGUNG
PERSATUAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA MELAYU MALAYSIA (PERDASAMA)
TEL: 019-2453624
EMAIL: perdasamanasionalhq@gmail.com

Encik Aswad Rahimi Abd Rahim
Pegawai Tugas-tugas Khas
Presiden PERDASAMA
HP: 0173450627
Email: azmanperdasama@gmail.com