Taklimat Struktur dan Mekanisme Tarif Elektrik
14 Oktober 2026
PERDASAMA Menghadiri Taklimat Struktur dan Mekanisme Tarif ElektrikPERDASAMA telah menerima jemputan daripada Federation of Malaysian Business Associations (FMBA) untuk menghadiri Taklimat Struktur dan Mekanisme Tarif Elektrik yang dianjurkan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 14 Oktober 2026 bertempat di Dewan Kelab Kilat TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Taklimat ini memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai struktur serta mekanisme tarif elektrik di Malaysia, khususnya berkaitan penetapan harga elektrik dan kesannya terhadap sektor perniagaan.
Para peserta turut berpeluang mendapatkan maklumat mengenai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh TNB melalui reruai pameran, termasuk perkhidmatan runcit MyTNB, kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) TNB Electron, penyelesaian tenaga solar GSPARX serta program latihan ILSAS.
PERDASAMA merakamkan penghargaan kepada FMBA atas jemputan yang diberikan. Semoga penglibatan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama serta menyokong pertumbuhan dan kelestarian komuniti perniagaan di Malaysia.






